Friday, September 12, 2008

SABAR

Sabar adalah ibarat ubat yang sangat pahit, tidak sedap rasanya untuk diminum tetapi banyak manafaatnya, mendatangkan segala kemanafaatan dan menolak segala kemudaratan.

Apabila sesaorang lemah, tidak mampu bersabar dan tetap menempuh jalan yang tidak sabar, maka akan terlepas daripadanya berbagai manfaat dan dirinya akan terkena mudarat sebagai akibat ketidak sabarannya.

Sesungguhnya berlakunya sesuatu musibah tidak akan lama, bagaikan awan yang berarak dilangit, kelama-kelamaan akan hilang juga. Dari itu bertahanlah sebentar, nanti akan kita menemui kegembiraan yang lama kerana hanya dengan bersabarlah sesuatu pahala yang banyak akan diperolihi. Amin

No comments: